Home Semasa COVID-19: 1 kluster baharu jangkiti 3 negeri

COVID-19: 1 kluster baharu jangkiti 3 negeri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan terdapat kewujudan 3 kluster baharu yang dikesan menjangkiti beberapa buah negeri secara serentak.

Kesemua kluster terbabit merupakan sebahagian daripada 6 kluster baharu yang diisytiharkan.

Kluster Simera telah melibatkan Terenganu, Pahang dan Selangor.

“Kes indek kluster ini dikesan mengidap COVID-19 pada 6 Oktober yang telah dimasukan ke Hospital Hulu Terengganu,” kata Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, kluster ini melibatkan daerah Besut, Kuantan, Petaling, Klang dan Hulu Langat. Seramai 8 orang telah dikesan positif COVID-19.

Sementara itu, Kluster Tasik telah dikesan di Miri, Sarawak.

Dr Noor Hisham menjelaskan, kluster ini turut melibatkan Petaling, Hulu Langat dan Klang.

Kluster Bah Manggis pula melibatkan daerah Tawau dan Kuala Langat.

“Kes indeks telah dimasukan ke Hospital Tawau, Sabah dan seramai 8 orang didapati positif COVID-19,

“Seramai 107 individu telah disaring dengan 26 daripadanya disahkan negatif, manakala 72 lagi masih menunggu keputusan,” jelasnya.

Kluster Utama di Selangor telah dikenal pasti melibatkan Gombak dan Petaling. Sementara itu, Kluster Highway dikesan di Kota Belud, Sabah manakala Kluster Putra di Bintulu Sarawak.

Pada hari ini, terdapat 54 kluster COVID-19 yang masih aktif diseluruh negara.

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengesahkan 374 kes baharu direkodkan, manakala 73 pesakit dibenarkan pulang pada hari ini.

Angka kematian terus meningkat apabila 3 pesakit disahkan meninggal dunia akibat wabak itu.

Ketiga-tiga kes kematian berlaku di Sabah iaitu di Hospital Tawau, Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Semporna.

Sebanyak 73 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga hari ini, seramai 15,096 individu disahkan mengidap COVID-19 dengan 10,780 daripadanya telah sembuh.

Seramai 152 orang telah menjadi korban wabak itu semenjak ia mula dikesan di negara ini pada Januari 2020. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply