Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Selamat datang bakal Komando

Selamat datang bakal Komando

by Air Times News Network

SUNGAI UDANG – ‘Datangmu tidak diundang, jika ragu-ragu sila pulang’. Itulah ayat yang tertera di hadapan Kem Sungai Udang, Melaka  bagi menyambut warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berhajat untuk menyarung beret hijau.

Ungkapan ini menggambarkan tiada keraguan bagi setiap tindakan. Komando terlatih sentiasa yakin dan tabah dalam sebarang operasi.

Pada tahun ini, seramai 24 pegawai dan 145 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah lulus ujian kelayakan bagi mengikuti kursus Asas Komando Siri AK/2/2020 yang berlangsung selama  12 minggu mulai 1 Okt sehingga 26 Dis 2020 di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK).

Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat dalam satu hantaran media sosial berkata pembukaan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kolonel Nubli Hashim di Padang Betutu Laut, Kem Sungai Udang Melaka.

Nubli dalam ucapannya mengingkatkan semua penuntut perlu fokus dan tabah bagi menghadapi segala ujian dan rintangan serta tidak lupa beribadat mengikut agama masing-masing.

Beliau turut mengingatkan kepada para jurulatih agar menjalankan tugas sebagai jurulatih dengan seikhlas hati agar penuntut berjaya di dalam kursus ini.

“Untuk melayakkan anggota menghadiri kursus ini, anggota terlebih dahulu perlu lulus ujian kelayakan Ujian Kemahiran Anggota (UKA) Grup Gerak Khas (GGK) dan ujian berenang mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

Semasa anggota di dalam kurus ini mereka akan diuji mental dan fizikal serta mampu berfikir dalam tekanan bagi persiapan dimasa akan datang.

“Kursus ini akan dilaksanakan dalam 4 peringkat iaitu peringkat kem, peringkat hutan, peringkat paya, dan peringkat laut,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply