Home Semasa PKPB mukim Klang: 3 jalan ditutup sekitar Bukit Kuda

PKPB mukim Klang: 3 jalan ditutup sekitar Bukit Kuda

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 9 Okt – Lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasaa hari ini, Ibu Pejabat polis Daerah Klang Utara melaksanakan 2 sekatan jalan raya (SJR) dan menutup 3 jalan di sekitar Bukit Kuda, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh dalam kenyataan berkata, SJR berkenaan dilakukan di hadapan premis Emy Cookies & Food dan simpang lorong Lintang Raksa 2 di Jalan Bukit Kuda.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menutup 3 jalan di kawasan tersebut, iaitu di Lorong Perak, Jalan Raksa 3 dan Jalan Raksa 4,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nurulhuda turut menegaskan, orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke Lorong Lintang Raksa 2, Jalan Raksa 3 dan Pangsapuri Bukit Kuda perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu.

“Namun, tiada keperluan surat kebenaran atau permit khas bagi tujuan keluar atau masuk ke lain-lain kawasan di Daerah Klang Utara setakat ini (tertakluk kepada perubahan semasa),

“Masyarakat turut dinasihatkan agar sentiasa mematuhi PKPB dan tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKPB ini,” tambahnya.

Pada Khamis, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPB akan dilaksanakan hanya di Mukim Klang sahaja.

Beliau berkata, keputusan penetapan lokasi PKPB itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.⠀

“Kegiatan ekonomi masih boleh dibenarkan beroperasi tetapi dengan tempoh masa yang terhad,

“Pasar borong, pasar biasa dan pasar tani masih boleh beroperasi tetapi dalam jangka waktu yang terhad. Namun, pasar malam masih tidak dibenarkan beroperasi,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply