Home Semasa COVID-19: 375 kes baharu, 5 kematian hari ini

COVID-19: 375 kes baharu, 5 kematian hari ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan sebanyak 5 kes kematian direkodkan pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, kesemua kes kematian yang direkodkan adalah di Sabah.

“Kes kematian ke-142 melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun di Hospital Lahad Datu. Pesakit mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi,

“Kes ke-143-pula adalah melibatkan seorang wanita berusia 75 tahun di Semporna manakala kes ke-144 adalah melibatkan seorang pesakit lelaki 57 tahun di Sandakan,” jelas beliau dalam sidang media khas COVID-19.

Dua kes kematian lagi adalah berlaku di Tawau yag melibatkan pesakit lelaki berusia 53 tahun dan 82 tahun.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengesahkan terdapat pertambahan 5 kluster COVID-19 dalam negara.

Beliau menjelaskan, 2 kluster baharu telah dikesan di Sabah. Selain itu, Sarawak, Kuala Lumpur dan Labuan masing-masing mencatatkan 1 kluster baharu.

Hari ini, sebanyak 375 kes baharu dikesan dengan melibatkan 4 kes import manakala 371 lagi penularan tempatan.

Sementara itu, 60 pesakit sedanga dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bilangan kes aktif pula adalah 3,703.

Seramai 18 pesakit disahkan sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

Sehingga hari ini, seramai 14,368 pesakit telah disahkan menghidap wabak COVID-19 dengan 10,519 daripadanya pulih.

Angka kematian pula meningkat kepada 146 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply