Home Semasa UPNM tangguh kemasukan pelajar baharu

UPNM tangguh kemasukan pelajar baharu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menangguhkan pendaftaran serta kemasukan pelajar baharu Program Sarjana Muda dan pelajar lama secara fizikal bagi sesi akademik 2020/2021.

UPNM dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan  arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta mengambil kira perkembangan kes COVID-19 yang kian meningkat.

“Sejajar dengan penangguhan pendaftaran secara fizikal yang dijadualkan 3 dan 4 Oktober lalu, UPNM memilih melaksanakan pendaftaran pelajar secara atas talian membabitkan 920 pelajar Sarjana Muda,

“Bagi pelajar yang yang telah kembali ke kampus, adalah dicadangkan supaya pelajar kekal berada di dalam kampus dan boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya dalam hantaran di laman facebook rasminya semalam.

Manakala bagi pelajar yang masih berada di kampung, pihak UPNM menasihatkan agar kekal di rumah masing-masing, mendaftar dan mengikut proses pengajian secara atas talian.

“Tempoh pembelajaran atas talian mengikut keperluan dan kesesuaian program masing-masing,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengendalian pendaftaran fizikal dan kemasukkan pelajar di kampus selaras dengan perkembangan pendamik COVID-19,

“Pelajar yang berada di kampus, haruslah sentiasa mematuhi SOP yang di tetapkan oleh IPT masing-masing dan juga mengikut arahan yang di keluarkan dari masa kesemasa,

“Bagi pelajar yang berada di kampus, adalah dinasihatkan supaya mengurangkan pergerakan, menjaga penjarakan, mengamalkan 3W (wash, warm, wear)  dan mengelakkan 3S (sesak, sempit, sembang dekat,” tambahnya.

 

Related Articles

Leave a Reply