Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 48 PATI ditahan semalam – Ismail Sabri

Op Benteng: 48 PATI ditahan semalam – Ismail Sabri

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 5 Okt – Seramai 48 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng semalam, bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak keselamatan turut menahan 2 tekong dan 4 penyeludup serta merampas 7 kenderaan darat dalam operasi tersebut.

“Sebanyak 101 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng turut dilaksanakan semalam, melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 79 SJR, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) 10 SJR dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 12 SJR,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata PDRM juga turut menahan 979 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 944 individu telah dikompaun manakala 32 direman dan 3 dijamin,

“Antara kesalahan adalah penjarakan fizikal sebanyak 516, gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (277), tidak memakai pelitup muka (163), premis beroperasi lebih masa (10), aktiviti dalam pub dan kelab malam (7), premis beroperasi tanpa lessen (2), langar perintah kuarantin (2), enggan membuat saringan COVID-19 (1) dan keluar kawasan PKPDB tanpa kebenaran (1),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply