Home Semasa Pencemaran sungai jejas bekalan air 273 kawasan di Selangor

Pencemaran sungai jejas bekalan air 273 kawasan di Selangor

by M.Daim

SHAH ALAM, 4 Okt – Sebanyak 273 kawasan di Selangor terjejas akibat pencemaran air di Sungai Semenyih, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, pencemaran tersebut telah menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

“Kedua-dua loji terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air,

“Henti tugas ini akan menyebabkan 273 kawasan dengan 309,605 akaun pengguna akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual,” katanya.

Antara kawasan yang terlibat ialah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Menurutnya lagi, insiden ini telah dilaporkan kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan mengenalpasti punca pencemaran sedang giat dijalankan.

Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) telah diaktifkan bagi membantu pengguna yang terjejas.

Selain itu, Air Selangor menejlaskanbahawa pihak mereka tidak dapat menjangkakan tempoh masa yang diperlukan bagi membolehkan operasi loji dan bekalan air pulih seperti biasa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply