Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Op Benteng: TLDM, agensi penguatkuasa komited pertahan kedaulatan perairan negara

Op Benteng: TLDM, agensi penguatkuasa komited pertahan kedaulatan perairan negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama agensi penguatkuasaan terus komited mempertingkatkan tahap kerjasama di antara agensi masing-masing dalam mempastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan berkata, TLDM telah melaksanakan Mesyuarat Op Benteng Laut bagi memperkukuhkan kawalan di perairan negara melalui Operasi Benteng (Op Benteng), di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Johor pada 28 hingga 29 September 2020.

Mesyuarat itu telah dihadiri oleh wakil dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Tujuan mesyuarat dilaksanakan adalah untuk menyelaraskan segala perintah dan kawalan operasi serta menangani isu-isu semasa penguatkuasaan maritim melalui sesi perbincangan bersama dan percambahan minda,

“Turut dibincangkan prosuder operasi standard (SOP) operasi bersepadu maritim yang melibatkan kesemua agensi maritim negara bagi meningkatkan tahap kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dengan pelaksanaan Op Benteng yang dikoordinasikan oleh National Task Force (NTF) turut mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam membanteras penularan COVID-19 serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan, seramai seramai 7,389 individu telah berjaya ditahan dalam Op Benteng yang dilaksanakan di seluruh negara sejak 1 Mei sehingga 29 September lalu,

Beliau berkata, operasi bersepadu ini turut merampas kenderaan darat dan laut ketika tangkapan dibuat.

“Operasi bersepadu ini juga turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dalam mengekang jenayah rentas sempadan di negara ini,” tegasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply