Home Semasa Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri Sabah ke-16

Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri Sabah ke-16

by Nurulhuda

KOTAKINABALU, 29 Sept – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor hari ini, sah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah, hari ini.

Turut mengangkat sumpah pada pagi ini ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah serta Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II.

Manakala, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah III serta menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan dan Perindustrian Sabah.

Dr Datuk Masidi Manjun pula dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Sabah dan Datuk Jahid Jahim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Upacara tersebut dihadiri ahli keluarganya, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), PN dan BN dan pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.

Hajiji 65, mengangkat sumpah selepas GRS yang membabitkan PN, BN dan PBS berjaya memenangi 38 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lalu.

Semalam, GRS sebulat suara menamakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu ini sekaligus menutup teka-teki siapa yang akan menerajui kerajaan Negeri Di Bawah Bayu. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply