Home Pertahanan dan Keselamatan 40 PATI, 5 tekong antara ditahan dalam Op Benteng semalam – Ismail Sabri

40 PATI, 5 tekong antara ditahan dalam Op Benteng semalam – Ismail Sabri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 40 pendatang asing tanpa izin (PATI), 5 tekong dan seorang penyeludup telah ditahan dalam Operasi Benteng yang dijalankan diseluruh negeri semalam.

Beliau berkata, operasi bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi penguatkuasa lain turut berjaya merampas 9 kenderaan darat dalam operasi berkenaan.

“Operasi bersepadu ini adalah untuk mengawal ketat sempadan negara dari dibolosi Pendatang PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Ismail Sabri juga berkata, sebanyak 81 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng turut dilaksanakan semalam, yang melibatkan PDRM (70 SJR), AKSEM (10 SJR), dan ATM (1 SJR).

Sementara itu, Pasukan Task Force Pematuhan yang diketuai PDRM telah menahan 661 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 648 individu telah dikompaun manakala 13 direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub dan kelab malam (577), penjarakan fizikal (42), tidak memakai pelitup muka (30), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (8), premis beroperasi lebih masa (3) dan gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah (1),” jelasnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply