Home Politik Benarkah rundingan pintu belakang antara agenda PRN Sabah?

Benarkah rundingan pintu belakang antara agenda PRN Sabah?

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Kehangatan Pilihanraya Negeri Sabah kali ini turut disulami isu runding pintu belakang. Seorang Ahli Parlimen dari parti tertentu dikatakan telah berunding dengan pihak lawan demi menyelamatkan karier politiknya.

Menurut sumber yang menghubungi Air Times berkata, Ahli Parlimen terbabit merupakan salah seorang tokoh kanan politik yang berasal di Negeri Di Bawah Bayu.

“Ahli Parlimen tersebut telah mengadakan perjanjian sekiranya tiada parti mendapat undi majoriti dalam pilihan raya di Sabah,” katanya.

Beliau menambah, rundingan termasuk tawaran jawatan penting kepada individu tertentu dari parti lawan.

Proses pengundian PRN Sabah telah berakhir pada pukul 5 petang dan keputusan dijangka akan diumumkan pada malam ini.

Pada 30 Julai lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan selepas diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Ini berikutan krisis politik yang memuncak di negeri itu apabila bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.

Dakwaan Musa disanggah oleh Shafie yang juga mendakwa mempunyai majoriti untuk menerajui Sabah. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply