Home Pertahanan dan Keselamatan 67 pendatang diberkas dalam Op Benteng semalam

67 pendatang diberkas dalam Op Benteng semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Seramai 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diberkas dalam Operasi Benteng (Op Benteng) diseluruh negara, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) turut merampas 2 buah bot dan 5 kenderaan darat dalam operasi tersebut.

Beliau berkata, sebanyak 98 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng turut dilaksanakan semalam yang mana melibatkan 78 SJR oleh PDRM, AKSEM (10 SJR) dan ATM (12 SJR).

“Operasi bersepadu yang diaturgerakan di bawah National Task Force ini adalah untuk mengawal ketat sempadan negara dari dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan PKP, hari ini.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut menjelaskan seramai 115 individu telah ditahan semalam di atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah itu, seramai 111 individu telah dikompaun manakala 4 direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk penjarakan fizikal (35), keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD (31), dokumen perjalanan tamat tempoh (26), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (17), premis beroperasi tanpa kebenaran (5), dan tidak memakai pelitup muka (1),” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply