Home Semasa Sabah catat zon merah COVID-19 tertinggi

Sabah catat zon merah COVID-19 tertinggi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah mengesahkan Sabah mempunyai zon merah COVID-19 paling banyak dalam negara.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, terdapat 5 zon merah COVID-19 telah dikesan di dalam negara ini.

“Terdapat 4 zon merah telah dikesan di Sabah sementara 1 di Kedah,” katanya.

Beliau menjelaskan, zon merah di Negeri Di Bawah Bayu adalah melibatkan tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Satu zon merah lagi adalah di Kota Setar, Kedah.

Selain itu, Noor Hisham mendedahkan sebanyak 10 kes COVID-19 yang dikesan melibatkan sejarah perjalanan ke Sabah.

Menurut beliau, virus COVID-19 mutasi D614G telah dikesan di Sabah. Namun, beliau menolak bahawa virus tersebut adalah berkaitan dengan kes di Kedah.

COVID-19 mutasi D614G mempunyai kadar penularan yang lebih cepat berbanding COVID-19 yang lain.

Noor Hisham turut mengingatkan masyarakat yang akan mengundi pada hari esok untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi garis panduan pencegahan jangkitan COVID-19. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply