Home Pertahanan dan Keselamatan PRN Sabah: Anggota tentera dijangkiti COVID-19 tidak benar

PRN Sabah: Anggota tentera dijangkiti COVID-19 tidak benar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) nafi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai terdapat jangkitan COVID-19 dikalangan warga ATM semasa proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 22 September lalu.

Bahagian Hal Ehwal Awam-J7 Markas ATM dalam satu kenyataan berkata maklumat yang tular di media sosial menyatakan anggota tentera dijangkiti setelah mencelup jari dengan dakwat adalah tidak benar dan boleh menimbulkan
kekeliruan, kebimbangan masyarakat serta mengganggu proses PRN Sabah.

“Ditegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat,” kata kenyataan itu.

Tegasnya, orang ramai boleh dapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan situasi semasa penularan wabak COVID-19.

Hari ini, tular di media sosial ada laporan dari sebuah hospital menyatakan anggota tentera dijangkiti COVID-19 semasa mencelup jari pada proses pengundian awal PRN Sabah. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply