Home Semasa Op Benteng: 67 PATI, 5 tekong dan 3 penyeludup ditahan semalam – Ismail Sabri

Op Benteng: 67 PATI, 5 tekong dan 3 penyeludup ditahan semalam – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 67 pendatang asing tanpa izin (PATI), 5 tekong dan 3 penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng yang dijalankan semalam.

Beliau berkata operasi bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi penguatkuasa lain turut berjaya merampas sebuah bot dan 13 kenderaan darat.

“Daripada jumlah itu, pasukan ATM berjaya menahan 8 PATI atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah di Ladang Sg Tengah, Johor,

“Manakala pasukan PDRM berjaya menahan 2 PATI atas kesalahan memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah di Pengkalan Haram Kebun, Pengkalan Kubor, Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri juga berkata sebanyak 91 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng turut dilaksanakan melibat PDRM (69 SJR), AKSEM (10 SJR) dan ATM (12 SJR).

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM telah menahan 137 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 111 individu telah dikompaun, 25 direman dan 1 dijamin,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam (39), penjarakan fizikal (32), keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD (25), disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran (14), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (10), keluar dari kawasan PKPD tanpa alasan munasabah (7), tidak memakai pelitup muka (6), dan premis beroperasi tanpa kebenaran (4),” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply