Home Semasa Jangan percaya wabak COVID-19 – Mohamaddin Ketapi

Jangan percaya wabak COVID-19 – Mohamaddin Ketapi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Calon Warisan Plus bagi Dewangan Undangan Negeri (DUN) N.61 Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi juga menyifatkan wabak pandemik COVID-19 adalah satu lagi sandiwara untuk menakutkan rakyat Sabah semasa keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau berkata demikian selepas mendakwa tragedi pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013 sebagai sandiwara.

“Pantai Timur Sabah, kalau kamu (pengundi) tengok dalam peta Sabah itu, oleh kerana kita ini kubu kuat Warisan di Sabah, semua itu dia kasi warna merah, dia bilang ini kawasan bahaya, pasal ada COVID-19,

“Bukan COVID-19, dekat sini mereka takut kalah sama Warisan, jadi merah itu bahaya untuk dia orang bukan untuk kita,

“Jadi kita jangan percaya, kali ini saya dengar dua, tiga hari sebelum (PRN) akan diviral nanti bahawanya menular sangat serius COVID-19, dia bilang di Lahad Datu, Silam, Segama dan Tungku macam-macam,” katanya ketika ceramah sempena Pilihan Raya Negeri Sabah di Gelanggang Futsal, Kampung Warisan Lahad Datu pada Ahad lepas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu mendakwa pada hari mengundi ada orang disuruh untuk pura-pura pengsan disebabkan COVID-19, ini bagi menakutkan pengundi supaya tidak mengundi pada hari mengundi nanti.

“Kalau ada kamu nampak orang pengsan di situ (tempat mengundi), baik kamu tendang, pijak dia..bukan COVID-19 itu, wayang dan sandiwara dia orang, jadi kononnya datang ambulans untuk mengangkat, semua orang akan bertempiaran lari pasa itu COVID-19, tahu-tahu itu orang dikasi duit suruh pura-pura pengsan disana,

“Ini kepada orang Melayu tidak pula mereka takut, tetapi yang mereka takut kepada orang Cina, kerana orang Cina banyak menyokong kepada kita (Warisan) hampir keseluruhan,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata hanya kerana mahu merebut kuasa, Warisan Plus sanggup membuat fitnah kepada Ketua Pengarah Kesihatan serta seluruh barisan frontliners.

“Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013, Warisan Plus juga sifatkan COVID-19 sebagai satu lagi sandiwara,

“Mereka kata orang Melayu tak takut COVID-19. Hanya kaum Cina sahaja yang takut COVID-19,

“Hanya sebab nak rebut kuasa, Warisan Plus sanggup memfitnah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan serta seluruh barisan frontliners dan menjejaskan kesihatan orang awam,” kata Najib dalam hantaran facebooknya semalam. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply