Home Pertahanan dan Keselamatan Kebajikan veteran bukan sekadar hulur bantuan lampin dan kerusi roda

Kebajikan veteran bukan sekadar hulur bantuan lampin dan kerusi roda

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Presiden GRVATM, Azizan Salleh menegaskan isu kebajikan veteran bukan sekadar menghulurkan bantuan kepada mereka yang mengalami kesukaran hidup.

“Isu kebajikan veteran bukan sekadar menghulur bantuan lampin dan kerusi roda semata-mata,

“Kita perlu melihat perkara ini dengan lebih meluas di mana veteran yang berdaya saing perlu dibantu,” tegasnya semasa ucaptama Persidangan NGO Sekreteriat Veteran Bertindak di Dewan Seminar Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam.

Menurut beliau yang dikenali sebagai Azizan Memali berkata, kegagalan pihak berwajib untuk menguruskan isu veteran dengan baik akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan masyarakat.

“Orang awam tidak akan melihat bagaimana perkhidmatan seorang bekas tentera itu ditamatkan.

“Tetapi jika mereka melihat keadaan seorang veteran dalam keadaan merempat – inilah akan menimbulkan persepsi negatif,” kata Azizan semasa.

Persidangan yang berlangsung selama sehari itu melibatkan seramai lebih 20 wakil NGO ini dilaksanakan bagi mencari usul dan jalan penyelesaian dalam isu kebajikan veteran.

“Secara asasnya, kita berkumpul di sini untuk menegaskan bantahan terhadap isu penerokaan tanah secara haram di Raub,

“Yang kedua, kita mahukan penyelesaian dalam soal veteran,” kata Presiden GRVATM, Azizan Salleh semasa ucaptama persidangan.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pendiriannya untuk tidak berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) kerana organisasi tersebut terikat di bawah undang-undang.

“Mereka tidak boleh menegur kerana terikat dengan peraturan. Kita hormati JHEV,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan perlu membentuk satu kementerian khas untuk menguruskan kebajikan veteran dengan lebih serius

“JHEV hanya bertaraf sebagai jabatan semata-mata,” ujarnya.

Presiden GRAVTM menambah, kerajaan perlu melantik seorang menteri dari kalangan veteran yang kredibel.

“Tidak semestinya seseorang yang akan menjadi menteri perlu bertanding semasa pilihanraya,

“Jawatan menteri pula boleh dipegang oleh seorang senator yang dilantik oleh kerajaan,” jelas Azizan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply