Home Semasa COVID-19: Sabah catat 90 kes baharu, 1 kematian

COVID-19: Sabah catat 90 kes baharu, 1 kematian

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah penularan wabak pandemik COVID-19 meningkat secara mendadak kepada 95 kes baharu sehingga jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah tersebut, 90 daripadanya adalah penularan jangkitan yang dikesan di Sabah.

Beliau berkata, daripada jumlah 90 kes itu, 76 adalah daripada Kluster Benteng, 4 kes dari Kluster Pulau, 3 kes Kluster Selamat.

Manakala, 3 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan 1 bukan warganegara di Hospital Lahad Datu, 2 kes saringan bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau, serta 1 kes saringan kontak rapat kepada kes ke-10,145 yang telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Dr Noor Hisham turut mengesahkan 1 kes kematian di Hospital Semporna yang melibatkan bukan warganegara (iaitu kes ke-10,145). Kes ini juga merupakan kes kematian ke-129 yang merupakan seorang wanita warganegara Filipina berumur 50tahun.

“Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 14 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan. Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Semporna bagi rawatan lanjut,

“Namun tidak pergi berikutan kekangan yang beliau hadapi. Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna, Sabah di mana beliau telah disahkan meninggal dunia pada 14 September 2020,

“Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19,” ujarnya dalam kenyataan Situasi semasa jangkitan COVID-19, hari ini.

Terdahulu, Dr Noor hisham menjelaskan, 1 pertambahan kes bagi Kluster Bunga di Negeri Sembilan.

Sementara itu, terdapat 4 kes import yang mendapat jangkitan di luar negeri melibatkan 3 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di Selangor dan seorang krew kapal di Sabah.

Sehingga kini Malaysia mencatatkan sebanyak 10,147 kes dengan 9,264 pesakit disahkan sembuh.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply