Home Semasa Tabung Pahlawan hanya kumpul RM 300 ribu

Tabung Pahlawan hanya kumpul RM 300 ribu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Jumlah kutipan semasa Tabung Pahlawan 2020 adalah sekitar RM 300 ribu, jauh lebih rendah daripada sasaran iaitu RM 10 juta.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini berkata, jumlah ini adalah tidak termasuk daripada kutipan derma dari pihak korporat.

“Ini adalah jumlah semasa kutipan dan kita mempunyai banyak lagi masa sehingga akhir tahun,” katanya semasa sidang media di Hotel Royale Chulan, hari ini.

 

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=rr13jQ2KlhI[/embedyt]

 

Menurut beliau, sekiranya semua rakyat Malaysia berganding bahu berikan sumbangan, mereka mampu untuk membantu Tabung Pahlawan mencapai sasaran di samping membantu warga veteran.

“Jika separuh daripada jumlah rakyat Malaysia derma RM 1 seorang, kita boleh capai RM 15 juta,” ujarnya.

Terdahulu, beliau bersama 60 penggiat seni dalam Majlis Santai Petang Bersama Penggiat Seni Tanah Air bersempena Kempen Tabung Pahlawan 2020.

Majlis ini dianjurkan bagi membentuk kerjasama strategik di antara Jabatan Hal Ehwal Veteran dengan para penggiat seni untuk meningkatkan jumlah kutipan dana tabung. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply