Home SemasaGlobal 90 anggota pasukan PBB di Lubnan positif COVID-19

90 anggota pasukan PBB di Lubnan positif COVID-19

by Air Times News Network

BEIRUT, 14 Sept – Seramai 90 anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Selatan Lubnan disahkan positif wabak COVID-19.

Jurucakap Pasukan Interim PBB (UNIFIL), Andrea Tenenti dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kes tersebut merupakan yang pertama dilaporkan.

“Kes tersebut telah dipindahkan ke tempat khas UNIFIL yang dilengkapi kemudahan dalam menangani COVID-19,” katanya.

Menurut Andrea Tenenti, 88 anggota PBB itu yang dijangkiti adalah dari pasukan yang sama, namun beliau tidak mendedahkan kewarganegaraan 90 anggota PBB yang dijangkiti.

“Kami telah melakukan pengesanan kontak rapat, ujian kesihatan dan pengasingan secara menyeluruh bagi mencegah wabak dari merebak,” ujarnya seperti dilaporkan agensi berita AFP.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1978, sebanyak 45 negara telah menghantar pasukan pengaman UNIFIL bagi meronda dan mengawal sempadan antara Lubnan dan Israel yang secara teknikal berada dalam keadaan berperang.

Tambahnya lagi, operasi UNIFIL di sepanjang sempadan Lubnan dan Israel tidak terjejas akibat wabak COVID-19.

Kes COVID-19 di Lubanan telah meningkat sejak letupan di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu yang telah membunuh lebih 190 orang.

Lubnan telah mencatatkan sejumlah 23,669 kes COVID-19, termasuk 239 kematian sejak wabak bermula pada Februari lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply