Home Semasa COVID-19: Jumlah kes di Malaysia hampiri paras 10,000

COVID-19: Jumlah kes di Malaysia hampiri paras 10,000

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara ini menghampiri paras 10,000 apabila sebanyak 47 kes jangkitan baharu dikesan pada hari ini.

Bilangan kes terbaharu itu telah menjadikan jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 9,915.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian yang dilaporkan adalah melibat 2 kes import dan 45 kes penularan tempatan.

“Sabah mencatatkan 31 kes dengan 22 daripadanya adalah dari Kluster Benteng Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Kluster Benteng Lahad Datu, 7 kes lain adalah melibatkan kes saringan dibeberapa lokasi di Negeri Di Bawah Bayu.

Antaranya 4 kes saringan warga emas di klinik kesihatan dan 2 lagi dari saringan di pusat kuarantin.

Saringan petugas kesihatan, Orang Kena Tahan (OKT) di Balai Polis Kudat dan kes rawatan Infuenza-like illness (ILI) masing-masing mencatatkan 1 kes.

Kluster Laut yang dikesan di Kunak semalam tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes.

Kedah telah mencatatkan 14 kes penularan tempatan yang baharu dengan 13 kes daripada Kluster Tawar dan 1 kes dari Kluster Sungai.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut mengesahkan sebanyak 7 kes sembuh dan tiada kes kematian dicatatkan pada hari ini.

Pada masa yang sama, bilangan kes aktif COVID-19 telah meningkat kepada 591 kes berbanding 551 yang dicatatkan semalam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply