Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat Malaysia tubuh Briged Infantri perkukuh pertahanan Sabah

Tentera Darat Malaysia tubuh Briged Infantri perkukuh pertahanan Sabah

by Nurulhuda

SANDAKAN, 12 Sept – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjaan akan terus mempertahankan keselamatan negeri Sabah daripada ancaman atau anasir luar.

Beliau berkata, rakyat Sabah tidak perlu bimbang dan harus yakin dengan pengoperasian Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negeri di bawah bayu itu.

“Kita akan menambah dari segi keanggotaan dan juga akan menambahkan aset ketenteraan kita,

“Ini termasuk penubuhan 3 unit Rejimen Artileri Diraja di Kalabakan, Lahad Datu dan Kudat, sebuah Rejimen Armor di Kota Belud, sebuah Skuadron Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) di Sandakan,

“Di pantai Barat Sabah pula, di bawah formasi 5 Briged adalah penubuhan Batalion Ke-27 Rejimen Askar Melayu Diraja (27 RAMD) dan Batalion ke-11 Rejimen Renjer Diraja (11RRD),

“Manakala, sebuah briged baru iaitu Markas 32 Briged Infantri di Kalabakan serta unit-unit sokongan, dan juga sebuah batalion Rejimen Sempadan di Tawau juga akan ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) di Kem Sri Kinabatangan, semalam.

Ismail berkata, secara keseluruhannya sebuah Briged Infantri, 3 buah Batalion Infantri,sebuah Rejimen Armor, 3 buah Rejimen Artileri serta satu Skuadron PUTD akan ditubuhkan bagi memperkuat dan mempertahankan Sabah daripada sebarang ancaman.

Katanya, penubuhan pasukan itu membabitkan peruntukan kira-kira RM14 bilion dan ia akan dilaksanakan segera dengan menfokuskan kepada kawasan pantai timur Sabah.

“Malah dari segi latihan, rondaan dan sebagainya kita akan pertingkatkan daripada masa ke semasa.

“Semoga rakyat Sabah terutamanya yakin dengan tentera darat menjaga keselamatan mereka,” katanya. –airtimes.my

 

Related Articles

1 comment

Zero 13 September 2020 - 2:15 pm

Tambah anggota sahaja x cukup. Tambah lar aset jugak!

Reply

Leave a Reply