Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Askar Melayu terjun bangunan: Tiada unsur jenayah dan buli

Askar Melayu terjun bangunan: Tiada unsur jenayah dan buli

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan tiada unsur jenayah dan penderaan yang boleh dikaitkan dengan kes kematian anggota tentera dari pasukan Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD), Kem Majidee, Johor.

TDM dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat setelah hasil bedah siasat terhadap arwah Prebet Abdul Aziz Azman yang dikeluarkan oleh Doktor Pakar Hospital Sultanah Aminah (HSNI), Johor Bahru, pagi tadi.

“Hasil bedah siasat pada 7 September 2020 jam 11.40 pagi, mendapati tiada kecederaan fizikal lain dalam badan jenazah yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah dan penderaan,

“Susulan dengan keputusan tersebut, Pakar Forensik Bedah Siasat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melawat lokasi kejadian di 10 RAMD pada 7 September 2020 jam 4.30 petang untuk mengesahkan laporan post morterm adalah konsisten dengan situasi tempat kejadian,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak TDM sentiasa terbuka dan akan terus memberikan kerjasama serta bantuan kepada PDRM dalam membantu siasatan tersebut.

“TDM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan siasatan dan memberi kerjasama yang penuh kepada pihak PDRM dalam melancarkan siasatan itu,

“TDM menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota jika terlibat dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, Allahyarham yang berasal dari Ipoh, Perak itu telah disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 3 bangunan Bilik Penginapan di kem berkenaan.

Arwah yang sebelum ini Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) telah melapor ke Balai Pengawal 10 RAMD pada 28 Ogos 2020.

Pada 28 Ogos 2020 lebih kurang jam 11.50 malam, anggota telah didapati jatuh dari aras 3 bangunan Bilik Penginapan tersebut dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke HSNI untuk rawatan.

Abdul Aziz Aznam disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang, 6 September 2020. –airtimes.my

Related Articles

3 comments

mazzuan idrus 9 September 2020 - 12:34 pm

buat inkues lah baru betul dan adil.

Reply
Kematian Prebet Abdul Aziz: Tentera Darat serah sepenuhnya kepada polis – Zamrose – Air Times News Network 10 September 2020 - 2:24 pm

[…] Artikel berkaitan: Askar Melayu terjun bangunan: Tiada unsur jenayah dan buli […]

Reply
Kematian Prebet Abdul Aziz: Tiada unsur jenayah dikesan – Ayob Khan – Air Times News Network 13 September 2020 - 12:14 pm

[…] Artikel Berkaitan :Askar Melayu terjun bangunan: Tiada unsur jenayah dan buli […]

Reply

Leave a Reply to Kematian Prebet Abdul Aziz: Tentera Darat serah sepenuhnya kepada polis – Zamrose – Air Times News NetworkCancel reply