Home Semasa Apa niat MCA beriya-iya nak bela pengusaha kebun haram di Raub – ISMA

Apa niat MCA beriya-iya nak bela pengusaha kebun haram di Raub – ISMA

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mempersoalkan niat sebenar parti MCA begitu komited membela pengusaha kebun durian musang king secara haram di tanah kerajaan di Raub, Pahang.

Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata sampaikan Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang juga Timbalan Menteri Perpaduan turun padang untuk mengadakan perbincangan dengan peneroka tanah bagi mencari penyelesaian.

“Lihatlah bagaimana MCA begitu komited membela penceroboh-penceroboh tanah kerajaan di Raub, Pahang sampaikan Naib Presidennya yang bertaraf Timbalan Menteri sendiri turun ‘buat kerja’,

“Portfolio kementerian beliau tidak ada kena mengena pun dengan isu tanah tetapi ini menunjukkan betapa pentingnya isu ini buat partinya. Ini merupakan sesuatu yang luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, menjadi kebimbangan mengenai perjumpaan kepimpinan MCA dengan ECXO negeri Pahang bagi membincangkan mengenai penyelesaian ‘win-win’ dalam isu ini.

“Tetapi tidak pasti apakah yang dilobi dan dituntutnya,

“Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang dirundingkan oleh MCA ini. Exco kerajaan negeri manakah lagi akan berjumpa dengan mereka ini selepas ini? Apakah sebenarnya tawaran yang dipersembahkan kepada kerajaan negeri, apabila beliau menyebut ‘win-win’ sebegini?,” soal Aminuddin.

Artikel berkaitan: Ti Lian Ker, Abdul Aziz Mat Kiram bincang cuba bantu peneroka haram

Artikel berkiatan: Aziz Kiram dikecam cuba jadi jaguh peneroka haram

Menurutnya, ramai yang tidak sedar atau terlepas pandang akan apa yang sedang diusahakan oleh MCA dalam isu pencerobohan tanah di Pahang ini.

“Ini kerana para pemimpin politik Melayu yang lantang dalam isu ini tidak akan menyebut mengenai MCA pun, kerana itu kawan mereka,

“Apa yang penting hanyalah mileage dan publisiti parti tanpa menyedari ada musuh dalam selimut. Jujurlah kepada rakyat,

“Saya pasti MCA akan terus diberikan laluan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi hakikatnya MCA mesti ditolak dalam PRU-15 sebagaimana rakyat perlu tolak DAP. Sedarlah, bukalah mata kita,” tegasnya.

Semalam, Lian Ker menerusi kenyataan di laman facebook rasminya berkata beliau bersama EXCO Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram mengadakan perbincangan dengan peneroka tanah di Raub bagi mencari penyelesaian mengenai perkara itu.

Beliau menegaskan, pertemuan itu adalah perlu bagi menggelakkan eksploitasi oleh pihak DAP terhadap peneroka melalui naratif perkauman. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply