Home Semasa 4 hari tanpa air di Kuala Lumpur dan Selangor

4 hari tanpa air di Kuala Lumpur dan Selangor

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Bekalan air di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor dijangka akan berterusan untuk 4 hari lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman dalam satu sidang media berkata, 4 loji bekalan air masih lagi tidak beroperasi berikutan pencemaran masih lagi dikesan pada muka sauk loji.

“Setakat 2.30 petang, pencemaran air masih pada tahap 1 TON, di mana ianya tidak selamat untuk dirawat dan diagih kepada pengguna,

“Loji rawatan air (LRA) akan beroperasi jika bacaan 0 TON berjaya diperoleh sebanyak 3 kali berturut-turut,” jelasnya.

Pihak Air Selangor bertindak menghenti tugas LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, 2, dan 3 berikutan pencemaran air dikesan pada awal pagi semalam.

Gangguan air tidak berjadual itu telah menyebabkan pelanggan di 7 wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi masalah bekalan air. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply