Home Pertahanan dan Keselamatan Perintah berkurung ESSZONE diteruskan, kekang jenayah rentas sempadan

Perintah berkurung ESSZONE diteruskan, kekang jenayah rentas sempadan

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 2 Sept – Kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali menjelaskan, perintah berkurung di kawasan perairan 7 daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir pada 6 petang hari ini dilanjutkan hingga 17 Sept depan.

Hazani berkata perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Arahan itu dilanjutkan bagi memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet selain nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan terlibat,

“Perintah berkurung ini dapat memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan komuniti maritim termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong di pulau-pulau peranginan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply