Home Semasa Isu tanah Raub: Bila dah mendapat susah baru nak julang gambar Agong

Isu tanah Raub: Bila dah mendapat susah baru nak julang gambar Agong

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=dXkA_0zpXHg[/embedyt] KUALA LUMPUR, 2 Sept – Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustad Masridzi Sat menempelak sikap ADUN Tras, Chow Yu Hui sebagai hipokrit dalam isu pencerobohan tanah di Raub.

“Sebelum ini, Adun Tras telah melawan Sultan (berhubung titah tulisan jawi), tetapi dia sanggup menjulang gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semata-mata untuk mempertahankan penceroboh tanah kerajaan di Raub,

“Kenapa dia berani bertindak sedemikian rupa? Ini jelas satu tindakan yang hipokrit,” kata Masridzi semasa sesi soal jawab dalam sidang media PEMBELA, hari ini.

Beliau menambah, tindakan wakil rakyat terbabit yang sebelum ini yang memfailkan permohonan untuk mencabar ketetapan kerajaan Pahang bagi mewajibkan tulisan jawi di papan tanda dan iklan premis perniagaan di negeri itu telah menimbulkan kemarahan orang Melayu

“Mereka sebelum ini hentam sultan, anti tulisan jawi, kacau orang Melayu dan Islam. Apabila menghadapi kesusahan, mereka sanggup menjulang gambar Seri Paduka semata-mata untuk meminta pertolongan,” ujarnya.

Pada akhir Julai lalu, Chow telah memfailkan pemohonan mencabar ketetapan penggunaan tulisan jawi di Mahkamah Tinggi Kuantan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply