Home Semasa COVID-19: 6 kes baharu, 1 libatkan Kluster MV Glen

COVID-19: 6 kes baharu, 1 libatkan Kluster MV Glen

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 2 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 6 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk 1 kes melibatkan Kluster MV Glen yang telah dilaporkan pada 30 Ogos 2020 lalu.

Sehingga hari ini, jumlah kes kamulatif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,360 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 6 kes baharu yang dilaporkan, 4 daripadanya adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara. Kesemua mereka terdiri daripada 3 individu dari Indonesia dan seorang Syria.

“Manakala kes penularan di dalam negara pula melibatkan 1 kes masing-masing daripada Kluster MV Glen dan saringan di tempat kerja di Pahang,

“Beliau tidak bergejala dan telah dimasukan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai Kluster MV Glen, Dr Noor Hisham menjelaskan, seramai 58 individu telah disaring, di mana 3 daripadanya disahkan positif, 16 negatif manakala 39 individu pula masih menunggu keputusan ujian saringan tersebut.

Kes Kluster MV Glen tersebut telah dikesan di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor yang melibatkan seorang kru kapal dan dimasukan ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Ogos lalu.

“Kes baharu daripada kluster ini telah dikenal pasti susulan aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat yang dijalankan,” ujarnya.

Beliau berkata pelbagai prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan telah dibangunkan bagi golongan pelaut yang memasuki Malaysia melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

“Saringan sign-on dan sign-off adalah penting kerana ia merupakan salah satu langkah bagi memantau kawalan sempadan negara untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 dari luar negara menular masuk ke dalam negara kita,” tambahnya. –airtimes.my

Related Articles

4 comments

Harjaya Haryanto 3 September 2020 - 2:17 pm

Oh sayang..

Reply
Harjaya Haryanto 3 September 2020 - 2:21 pm

harap semua baik-baik saja

Reply
mina1912313 3 September 2020 - 2:33 pm

semoga semua selamat!

Reply
mina1912313 3 September 2020 - 2:34 pm

semoga semua selamat!!

Reply

Leave a Reply to mina1912313Cancel reply