Home Semasa Rakyat India, Indonesia dan Filipina dilarang masuk Malaysia mulai 7 September ini

Rakyat India, Indonesia dan Filipina dilarang masuk Malaysia mulai 7 September ini

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 1 Sept – Sekatan kemasukan pemegang Pas Jangka Masa Panjang yang melibatkan warga India, Indonesia dan Filipina akan berkuatkuasa mulai 7 September 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekatan tersebut dilaksanakan ekoran peningkatan mendadak kes import COVID-19 sejak kebelakangan ini.

“Beberapa negara mencatatkan kenaikan mendadak kes positif wabak COVID-19, sehubungan itu, mesyuarat hari ini telah membuat keputusan untuk mengenakan sekatan kemasukan kepada pemegang pas jangka panjang yang melibatkan warga asing,

“Jika dulu kita umumkan beberapa kelonggaran bagi pemegang pas ini tetapi melihat kepada peningkatan kes mendadak terutama di 3 negara ini, kita buat keputusan untuk kenakan sekatan kemasukan kepada mereka,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata sekatan tersebut merangkumi mereka yang memiliki pas penduduk tetap (PR), pemegang pas Program Malaysia My Second Home (MM2H), ekspatriat, pas Residen, pasangan kepada warga Malaysia serta pas pelajar.

“Kes ini diambil atas nasihat kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan dalam negara oleh kes-kes import COVID-19,” tambahnya lagi.

 

Related Articles

2 comments

23 negara ‘diharamkan’ masuk Malaysia – Air Times News Network 7 September 2020 - 6:20 pm

[…] Artikel berkaitan: Rakyat India, Indonesia dan Filipina dilarang masuk Malaysia mulai 7 September ini […]

Reply
23 negara diharamkan masuk Malaysia – Air Times News Network 8 September 2020 - 7:17 am

[…] Artikel berkaitan: Rakyat India, Indonesia dan Filipina dilarang masuk Malaysia mulai 7 September ini […]

Reply

Leave a Reply to 23 negara diharamkan masuk Malaysia – Air Times News NetworkCancel reply