Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 4,072 PATI, 685 tekong ditahan

Op Benteng: 4,072 PATI, 685 tekong ditahan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob berkata menerusi Op Benteng secara bersepadu pasukan keselamatan telah menahan 4,072 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 685 tekong bermula dari 1 Mei hingga 26 Ogos 2020.

Menurutnya, turut ditahan adalah 230 penyeludup dan 170 bot/kapal serta 431 kenderaan menerusi Op Benteng.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuat 63 sekatan jalan raya Op Benteng dan memeriksa 24,576 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Op Benteng ini melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan agensi-agensi lain yang mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu dari dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan masuk PATI,” katanya pada sidang media perkembangan mengenai PKP hari ke-163 dan hari ke-79 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Manakala mengenai Task Force Operasi Pematuhan pelaksanaan PKPP sehingga semalam (26 Ogos 20), PDRM telah menahan 63 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

“Daripada jumlah itu, seramai 3 individu telah direman dan 60 individu lagi dikenakan kompaun,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply