Home Semasa Kementerian Kewangan dedah pemilik projek runding terus RM6.61 billion

Kementerian Kewangan dedah pemilik projek runding terus RM6.61 billion

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mendedahkan 20 kementerian yang memohon perolehan kerajaan secara rundingan terus (RT) melibatkan 101 projek bernilai RM6.61 bilion di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz dalam kenyataan berkata, perolehan secara RT hanya dibenarkan dengan kelulusan MOF.

“Ini berdasarkan peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) dan pekeliIing-pekeliling perbendaharaan yang berkaitan,” katanya.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh MOF, Kementerian Pengangkutan mendahului senarai perolehan paling tinggi sebanyak RM4,477.76 juta dengan empat projek.

Kementerian Pertahanan menduduki tempat kedua berjumlah RM900.86 juta dengan enam projek dan tempat ketiga dari Kementerian Dalam Negeri sebanyak RM517.68 juta dengan 8 projek RT.

Menurut Zafrul lagi, RT dibenarkan atas dasar perolehan yang memenuhi salah satu atau lebih daripada syarat-syarat berikut:

  • Perolehan bekalan dan perkhidmatan melibatkan keperluan mendesak yang mana jika perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera, ia boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara;
  • Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan baru yang diperoleh;
  • Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja,
  • Keselamatan/strategik yang melibatkan perolehan item atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara, atau;
  • Kontrak dengan syarikat pembuat (manufacturer) Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.

Pecahan mengikut Kementerian adalah seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply