Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 8 nelayan Indonesia rompak hasil laut negara

APMM tahan 8 nelayan Indonesia rompak hasil laut negara

by Nurulhuda

PELABUHAN KLANG, 21 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor menahan 4 buah bot fiber dan 8 nelayan warga Indonesia kerana meraih hasil laut secara haram di perairan negera, pada Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot berkenaan ditahan dalam masa yang berasingan oleh pasukan APMM Selangor pada jarak 2.0 batu nautika timur Pulau Angsa daripada Pelabuhan Klang.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot pertama, dua warga Indonesia gagal kemukakan lesen bot dan dokumen pengenalan diri yang sah manakala bot kedua, dua warga Indonesia mempunyai dokumen pengenalan diri tetapi telah tamat tempoh,

“Seterusnya penahanan bot ketiga dan keempat, turut mendapati empat lelaki warga Indonesia melakukan kesalahan yang sama iaitu dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh,” katanya dalam hantaran di Facebook APMM.

Rosli berkata, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 24 hingga 46 tahun itu ditahan bersama ikan campur yang dianggarkan sebanyak 9 kilogram. Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Beliau menegaskan, APMM akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Selangor.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply