Home Semasa COVID-19: Kluster Tawar catat peningkatan 8 kes di Kedah dan Pulau Pinang

COVID-19: Kluster Tawar catat peningkatan 8 kes di Kedah dan Pulau Pinang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham mengesahkan 16 kes baharu positif COVID-19 telah dilaporkan pada hari ini dan 8 daripadanya melibatkan kes daripada kluster Tawar di Kedah serta Pulau Pinang.

Beliau berkata, dengan peningkatan jumlah tersebut, ia menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster Tawar adalah sebanyak 55 kes.

“Sehingga 19 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,910 orang telah disaring dalam kluster ini,

“Seramai 1,560 orang telah di saring di Kedah, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19. Manakala 341 orang di Pulau Pinang telah disaring dan mendapati 11 kes daripadanya dikesan positif COVID-19,

“Manakala kesemua 9 individu yang disaring di Perak didapati negatif COVID-19,” katanya dalam kenyataan situasi semasa perkembangan COVID-19, hari ini.

Pada masa yang sama. Dr Noor Hisham turut menyatakan 4 kes lagi yang dilaporkan hari ini adalah melibatkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan kesemua mereka bukan warganegara Malaysia.

“Manakala 3 daripada 16 kes yang dicatatkan hari ini adalah melibatkan pesakit daripada kluster Sala dan 1 kes adalah saringan sign-on kapal yang tidak bergejala dan telah dimasukan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor,

“Terdapat 7 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 3 kes memerlukan bantuan pernafasan,

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekas sebanyak 125 kes,” tambahnya.  – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply