Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tim Dron kesan PATI cuba lari dan bersembunyi dari di cekup

Tim Dron kesan PATI cuba lari dan bersembunyi dari di cekup

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 17 Ogos – Hasil bantuan pengawasan dan pemantauan dari Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) telah berjaya membawa kepada penahanan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di persisiran Pantai Nibong Sebatang, Johor, malam tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, pihaknya menahan PATI yang terdiri daripada 9 lelaki dan 4 perempuan berusia sekitar 21 hingga 41 tahun.

Tangkapan dibuat oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) kira-kira jam 22.30 malam selepas melihat sebuah bot pada jarak lebih kurang 500 meter dari persisiran Nibong Sebatang, Johor.

“Bot tersebut dilihat sedang berlegar dan didapati merapati ke persisir pantai,

“Hasil tindakan pantas anggota Pos Pemerhati, 12 orang PATI yang baru sahaja mendarat masuk ke Malaysia telah berjaya ditahan,

“Kemudian, anggota kumpulan Quick Reaction Force (QRF) serta bantuan daripada Tim Dron telah berjaya mengesan seorang PATI yang bersembunyi di kawasan sekitar menjadikan keseluruhan tangkapan seramai 13 orang PATI,” katanya.

Antara yang dirampas adalah 7 buah telefon bimbit serta wang tunai bernilai RM 560 dan mata wang Indonesia 9,996,100 (RM 2,803) menjadikan keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 5,091.

“Kesemua PATI dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang dan pengendalian adalah mengikut SOP COVID-19,

“National Task Force (NTF) kemudian telah mengatur gerak bot pemintas ke kawasan perairan untuk mengesan bot yang digunakan oleh Tekong untuk membawa masuk PATI,

“Pasukan meneruskan kawalan keselamatan di persisiran pantai dan kesemua PATI diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19,” tambah kenyataan itu.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply