Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tekong Indonesia dalang seludup PATI ditahan

Tekong Indonesia dalang seludup PATI ditahan

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 17 Ogos – Seorang tekong warga Indonesia yang dipercayai menjalankan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini ditahan menerusi Operasi Benteng, di Tanjung Lompat, Johor.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, penahanan tekong tersebut dilakukan oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) pada jam 10.30 pagi tadi.

“Hasil maklumat daripada Pesawat Pemantauan Udara National Task Force (NTF) Sektor 8 yang mengesan sebuah bot menuju ke Tanjung Lompat mendapati seorang individu telah terjun daripada bot tersebut dan sedang berenang menuju ke persisiran pantai,

“Bertindak atas maklumat tersebut, 1 RRD telah mengaturgerakkan kumpulan Quick Reaction Force sekitar jam 10.30 pagi untuk membuat rondaan dan pemeriksaan sekitar kawasan tersebut,

“Kumpulan QRF telah melihat kelibat seorang lelaki sedang bersembunyi di pinggir hutan Tanjung Lompat dan bertindak menahan lelaki tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut berusia 54 tahun disyaki tekong laut yang telah menurunkan PATI semasa tangkapan semalam dan sedang menjaga sebuah bot yang tersangkut di perairan Tanjung Lompat dalam jarak 50 meter dari persisiran pantai.

Bot yang digunakan tekong berkenaan di perairan Tanjung Lompat dalam jarak 50 meter dari persisiran pantai. Foto: TDM

“Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM 55,284 yang melibatkan sebuah bot fiber, enjin 200 HP serta wang tunai berjumlah RM 360.00 dan mata wang Indonesia 3,250,000 (RM 924.00).

“Ujian saringan COVID-19 telah dibuat dan keputusan adalah negatif. Semua barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi,” tambahnya.-airtimes.my

 

 

Related Articles

2 comments

Leave a Reply