Home Semasa Kedah catat satu kes kluster baharu, bilangan kes Kluster Muda dan Tawar meningkat

Kedah catat satu kes kluster baharu, bilangan kes Kluster Muda dan Tawar meningkat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan terdapat satu lagi kluster COVID-19 baharu dikesan di Kedah.

Kluster yang dikenali kluster Sala ini melibatkan 4 individu disahkan positif wabak COVID-19 dengan 3 daripadanya dikesan pada hari ini.

Kluster Sala dilaporkan berlaku di Yan, Kedah.

“Kes pertama kluster ini adalah pesakit yang dikesan pada 13 Ogos lalu. Aktiviti pengesanan aktif kontak rapat dijalankan pada 14 Ogos dan 3 kes terbaharu ini melibatkan ahli keluarga pesakit,

“Sehingga kini, seramai 76 individu masih menunggu keputusan ujian,” kata Noor Hisham dalam kenyataan pada hari ini.

Dalam pada itu, kluster Tawar mencatatkan kes penularan tempatan tertinggi pada hari ini dengan 10 kes di kesan di Kedah dan 2 kes di Pulau Pinang.

Sementara itu, kluster Muda pula mencatatkan pertambahan 3 kes.

Terdahulu, Noor Hisham mengesahkan sebanyak 26 kes baharu dikesan pada hari ini dengan 23 daripadanya melibatkan kes penularan tempatan. Angka tersebut menjadikan bilangan kes jangkitan COVID-19 di negara ini bertambah kepada 9,175 kes.

Sementara itu, bilangan pesakit sembuh adalah seramai 3 orang dan tiada kematian direkodkan pada hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply