Home Semasa COVID-19: 20 kes baharu, Kluster Muda pula dikesan di Kedah

COVID-19: 20 kes baharu, Kluster Muda pula dikesan di Kedah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 20 kes baharu positif wabak COVID-19 di rekodkan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu lagi kluster baharu pula dikesan iaitu Kluster Muda di Daerah Kuala Muda Kedah yang merupakan seorang anggota polis.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 9,149 kes,

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 196 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 7 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 6 warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara.

“7 kes import tersebut adalah dari negara Lubnan (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Indonesia (1 kes di Selangor); Perancis (1 kes di Selangor); Yaman (1 kes di Sarawak); dan Taiwan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur),

“Daripada 13 kes penularan di dalam negara, kesemua kes adalah di kalangan warganegara Malaysia, 10 adalah daripada kluster Tawar, 1 kes dari kluster Muda dan 1 lagi merupakan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI),” ujarnya.

Selain itu 1 lagi kes saringan Kluster Tawar di Pulau Pinang yang mempunyai kontak rapat kepada kes ke-9,149 dan mempunyai sejarah melawat kes ke-9,113 dan kes ke-9,129 di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

Tambah Dr Noor Hisham sebanyak 7 kes telah pulih hari ini dengan jumlah kumulatif adalah sebanyak 8,828 kes.

“Sehingga kini, seramai 4 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan,

“Manakala tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini dengan jumlah kematian kekal sebanyak 125 kes,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply