Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Penyeludup berputih mata, tentera rampas 754kg daun ketum bernilai hampir RM22 ribu

Penyeludup berputih mata, tentera rampas 754kg daun ketum bernilai hampir RM22 ribu

by Nurulhuda

BUKIT KAYU HITAM, 11 Ogos – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 754 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai hampir RM22,620.00 di 2 lokasi berasingan di sempadan Malaysia – Thailand, semalam.

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Briged) dalam kenyataan berkata, semua daun ketum itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran menggunakan laluan haram.

Tangkapan yang dikordinasikan oleh Markas 6 Briged itu mendapat kerjasama pelbagai agensi penguatkuasa termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM), RELA dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Pasukan operasi ATM di Sektor Op Pagar II sekitar Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung, Kedah telah berjaya merampas 754 daun ketum, lewat petang semalam,

“Kawalan ketat pasukan Operasi Tentera Darat dalam melaksanakan rondaan di kawasan operasi telah menemui 18 guni putih di Durian Burung dan 6 guni putih di Bukit Kayu Hitam yang berisi padat dengan plastik lut sinar putih berisi ketum,

“Daun ketum tersebut dipercayai ditinggalkan di dalam semak oleh penyeludup tempatan menggunakan kereta pacuan empat roda (4×4) sebelum diambil oleh tekong Thailand dengan menggunakan kenderaan motosikal/tukang tanggung di laluan haram Malaysia/Thailand,

“Ini berikutan harga pasaran dan permintaan yang tinggi di pasaran gelap Thailand,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Nerang dan Kubang Pasu untuk laporan dan siasatan lanjut.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply