if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa 9 kes jangkitan baharu COVID-19 dikesan, Kluster Novgorod diisytihar tamat

9 kes jangkitan baharu COVID-19 dikesan, Kluster Novgorod diisytihar tamat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan Kluster PUI Novgorod telah tamat.

“Pengawasan untuk kluster ini telah tamat pada 10 Ogos 2020,” jelas beliau di akaun Twitternya.

Kluster PUI Novgorod melibatkan pelajar perubatan Malaysia yang pulang dari  Rusia. Sebanyak 6 kes telah dicatatkan dan kematian dilaporkan dari kluster ini.

Pada masa yang sama, Noor Hisham turut mengesahkan bilangan  kes Kluster PUI Sivagangga kekal pada 45 orang.

“Seramai 5,645 orang telah disaring dari kluster ini. Sementara itu, seramai 180 orang telah disaring dari Kluster Kurau,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Sementara itu, sebanyak 9 kes jangkitan baharu direkodkan pada hari ini dengan menjadikan jumlah kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 9,103 kes.

“5 kes adalah kes import dan 4 kes adalah penularan tempatan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, seramai 6 pesakit telah disahkan pulih dari wabak itu dan dibenarkan pulang.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 8,809 kes sembuh dan angka kematian masih kekal pada 125 kes. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply