Home SemasaGlobal 5 juta rakyat Amerika Syarikat disahkan hidap wabak COVID-19

5 juta rakyat Amerika Syarikat disahkan hidap wabak COVID-19

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Jumlah kes jangkitan COVID-19 Amerika Syarikat (AS) telah melepasi paras 5 juta orang pada Ahad lalu.

Data yang dikeluarkan oleh John Hopkins menunjukkan negara itu telah mencatatkan sebanyak 5,032,299 kes pada pukul 4 pagi waktu Malaysia.

Angka tersebut menunjukkan AS telah mencatatkan peningkatan kes sebanyak 1 juta dalam tempoh 2 minggu. Jumlah kes jangkitan di negara kuasa besar itu telah melepasi paras 4 juta pad 23 Julai 2020.

Calon Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dalam satu kenyataan berkata, situasi itu adalah sesuatu yang membimbangkan.

“Kes jangkitan COVID-19 AS telah melepasi paras 5 juta. Angka ini adalah sesuatu yang merungsingkan dan meruntun jiwa,

“Setiap angka peningkatan kes, ianya melambangkan kesan pada sesuatu nyawa, keluarga dirundung rasa bimbang dan masyarakat dalam keadaan terancam,” katanya

Beliau turut mengkritik kegagalan Presiden AS, Donald Trump dalam menangani krisis penyaki yang dianggap terburuk dalam sejarah negara itu.

“Situasi ini tidak sepatutnya berlaku. Trump terus memberi alasan dan berbohong sebagai langkah untuk menutup kegagalannya,

“Beliau gagal untuk menangani masalah ini dan telah menyebabkan krisis ini semakin memburuk dan beri kesan ekonomi kepada kita,

“Tidak ada negara lain di dunia ini mengalami kesan yang teruk dari wabak ini seperti AS,” kata Biden dalam kenyataannya di laman web Medium.

Dalam statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), AS merupakan antara 3 negara yang menerima kesan teruk akibat wabak yang mula dikesan di China pada akhir Disember lalu.

Brazil mencatatkan kes jangkitan COVID-19 di peringkat global kedua tertinggi selepas AS iaitu pada 2,912,212 kes.

Di benua Asia, India mencatatkan kes tertinggi dirantau itu dengan seramai 2,088,611 penduduk telah disahkan menghidapi wabak itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply