if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Malaysia hulur sumbangan RM1 juta bantu rakyat Lubnan

Malaysia hulur sumbangan RM1 juta bantu rakyat Lubnan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kerajaan Malaysia menyalurkan sumbangan bantuan kemanusian sebanyak RM1 juta kepada rakyat Lubnan atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut pada Selasa lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, atas dasar semangat persaudaraan akrab dengan Lubnan, bantuan kemanusian itu akan disalurkan menerusi Pertubuhan Palang Merah Lebanon (LRC).

“Kami berkongsi kesedihan dan penderitaan dengan saudara kami di Lubnan,

“Kerajaan dan rakyat Malaysia menghulurkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang,

“Kepada yang cedera, kami juga mendoakan agar mereka cepat sembuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Malaysia yakin dan percaya rakyat Lubnan mampu mengatasi impak tragedi dan akan meneruskan kehidupan dengan semangat dan perpaduan berterusan.

Pada Selasa lalu, Beirut digegarkan dengan letupan berpunca daripada nyalaan api yang membakar 2,750 gas ammonium nitrat yang disimpan dalam gudang di pelabuhan berkenaan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply