Home Semasa Lim Guan Eng akan didakwa di mahkamah mulai pagi ini

Lim Guan Eng akan didakwa di mahkamah mulai pagi ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta pada pagi ini.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pendakwaan dibuat setelah mendapat keizinan dari Peguam Negara.

Selain itu, Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos.

“Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ini adalah berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

Selain itu, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan didakwa di mahkamah sama di Pulau Pinang pada 11 Ogos atas kes berlainan.

Namun, pihak SPRM tidak memberikan sebarang kenyataan terperinci mengenai kes tersebut.

Lim Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) dan Seksyen 23 Akta SPRM. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply