Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Radar perisai Gempita gagalkan 8 PATI Indonesia cuba bolos sempadan negara

Radar perisai Gempita gagalkan 8 PATI Indonesia cuba bolos sempadan negara

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – Hasil maklumat sistem pengesanan radar kenderaan perisai Gempita oleh pasukan Rejimen Kedua Kor Amor Diraja (2 KAD) telah membawa kepada penahanan 8 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di persisiran pantai Tanjung Lompat, Desaru, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, pihaknya menahan PATI yang terdiri daripada 2 wanita dan 6 lelaki berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) kira-kira jam 4.45 pagi selepas mendapat maklumat dari pengesanan radar kenderaan Gempita tersebut mendapati sebuah bot bergerak laju dari Punggai menuju ke Dasaru pada jam 3.30 pagi.

“Pada jam 4.45 pagi, anggota Pos Pemerhati telah melihat sebuah bot merapat ke persisiran pantai Tanjung Lompat, Desaru, Johor dipercayai untuk mengambil PATI dan telah mengesan beberapa kelibat pergerakan keluar dari semak menuju ke perairan,” katanya.

Hasil sebuan yang dilakukan oleh anggota pos pemerhati, seorang PATI yang baru turun dari bot tersebut dan bersembunyi di hutan berhampiran telah berjaya ditangkap.

“Turut berada di hutan tersebut, 5 orang PATI yang dipercayai sedang menunggu bot untuk pulang ke Indonesia,

“Kesemua PATI telah berjaya ditahan,” tambahnya.

Kumpulan pengeledah juga berjaya membuat penangkapan ke atas 2 orang lagi PATI yang bersembunyi di kawasan hutan lebih kurang 600 meter dari lokasi tangkapan pertama.

“2 PATI tersebut berusia dalam lingkungan 24 hingga 54 tahun,

“Antara yang turut dirampas adalah 11 buah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM 6,885.00 dan mata wang Indonesia 7,506,000.00 (RM 2,168),

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 15 ribu ringgit,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, pasukan meneruskan kawalan keselamatan di persisiran pantai dan kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian COVID-19.-airtimes.

8 PATI warga Indonesia yang berjaya di tahan psukan 1 RRD. Foto: Mk 3 Div

Related Articles

Leave a Reply