Home Pertahanan dan Keselamatan Angkatan Tentera Malaysia laksana ibadah korban dalam suasana norma baharu

Angkatan Tentera Malaysia laksana ibadah korban dalam suasana norma baharu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 Jul – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan ibadah korban dalam suasana norma baharu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Markas ATM dalam satu kenyataan berkata, upacara sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Sambutan bermula dengan upacara Solat Sunat Aidiladha di Masjid Khalid bin Al-Walid.

Upacara ini turut disertai oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah.

“Pada tahun ini, proses sembelihan tidak dilaksanakan di perkarangan Masjid Khalid bin Al-Walid bagi mematuhi arahan SOP yang telah ditetapkan. Sejumlah 10 ekor lembu telah disembelih di HS Nada Ternak Sdn. Bhd. Sungai Buloh, Selangor,

“Daging korban ini seterusnya dibawa ke MKWK untuk diuruskan bagi proses melapah dan pengagihan,” kata kenyataan itu.

Acara penyerahan daging korban disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Turut hadir ke upacara ini, Panglima Angkatan Tentera; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz dan Panglima-panglima Perkhidmatan ATM.

“Antara matlamat utama Program Korban dan Akikah adalah untuk menyemarakkan semangat berkorban dalam menghayati syiar Islam,

“Nilai dan tahap pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim serta puteranya harus dijadikan panduan dan pedoman seluruh umat Islam. Disamping itu juga ia melahirkan tanda kesyukuran terhadap segala pemberian dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dalam apa jua terutamanya ketika wabak pandemik COVID-19 melanda,” jelas Markas ATM.

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply