Home Semasa Aidiladha: Polis pantau pusat penyembelihan, kawasan kediaman

Aidiladha: Polis pantau pusat penyembelihan, kawasan kediaman

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 30 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemantauan terutama di Masjid, Surau dan kawasan penyembelihan korban untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak polis juga akan berada di setiap kampung dan kediaman untuk memantau pematuhan SOP, bukan sahaja di kawasan sembelihan tetapi di rumah kediaman seperti dilakukan ketika sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu.

“Perayaan Hari Raya Aidiladha tahun ini akan dirasai dalam norma baharu berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir,

“Apabila dikampung halaman, terutamanya ditempat-tempat awam yang sesak, pastikan penjarakan sosial serta pemakaian pelitup muka dijadikan amalan,

“Dalam norma baharu ini, setiap individu, keluarga dan masyarakat, andalah petugas barisan hadapan ataupun frontliners dalam usaha memerangi wabak COVID-19,” jelasnya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas menteri mengenai PKPP di Putrajaya, hari ini.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri turut berkata PDRM telah membuat 62 Sekatan jalan Raya (SJR) dan memeriksa 35,770 kenderaan dalam Operasi Benteng, semalam.

“PDRM juga telah berjaya menahan 5 warganegara asing di SJR di atas kesalahan Imigresen,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI),” tambahnya.

Beliau juga menjelaskan seramai 213 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar pematuhan SOP PKPP, semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 22 individu telah direman dan 18 individu dijamin. Manakala 173 individu lagi dikenakan kompaun,

“Daripada jumlah yang ditahan,seramai 14 individu terlibat dengan aktiviti pub/kelab malam, manakala 199 individu lagi terlibat dalam aktiviti yang melanggar SOP,

“Kerajaan berharap rakyat akan terus menjadi mata dan telinga bagi pihak berkuasa untuk melaporkan tindakan yang melanggar SOP,” katanya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply