Home Semasa Diancam nelayan asing bersenjata punca nelayan tempatan cari rezeki dalam ketakutan

Diancam nelayan asing bersenjata punca nelayan tempatan cari rezeki dalam ketakutan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli hari ini menegaskan nelayan tempatan di Dungun berada dalam ketakutan kerana diancam oleh nelayan asing.

“Nelayan tempatan beroperasi dalam ketakutan dan tidak selamat. Ini kerana nelayan asing berani menunjukkan senjata kepada nelayan tempatan bila aktiviti mereka cuba dihalang,

“Hal ini menyebabkan nelayan Dungun mengalami masalah kecurian ikan dan makanan laut kepada nelayan asing. Ini menyebabkan telah menyebabkan kuantiti dan nilai pendaratan dalam negeri serta negara semakin berkurangan,” katanya semasa Ucapan Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Parlimen, hari ini.

Beliau menambah, isu pencerobohan nelayan asing khususnya di Dungun dilihat kian berleluasa terutamanya di kawasan Pulau Tenggol.

Menurutnya, kehadiran nelayan asing turut menyebabkan kerosakan dan kecurian hasil laut.

“Mereka menggunakan pukat-pukat besar yang menghapuskan sumber laut dan merosakkan bubu-bubu nelayan tempatan,

“Kalaulah ketirisan ini dapat diatasi oleh kerajaan, bayangkan betapa banyaknya keuntungan hasil laut yang akan dinikmati oleh nelayan dan rakyat tempatan,” ujarnya.

Selain itu, Hassan turut menggesa kerajaan melalui agensi keselamatan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mempertingkatkan penguatkuasaan dan aset mereka di perairan negara. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply