Home Semasa 16 kes penularan tempatan COVID-19 dikesan, Kuching kembali jadi Zon Merah

16 kes penularan tempatan COVID-19 dikesan, Kuching kembali jadi Zon Merah

by M.Daim

KUCHING, 28 Jul – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan Kuching telah dinaikkan kepada status merah selepas 16 kes jangkitan tempatan COVID-19 telah dikesan di daerah itu.

“Jumlah kes tempatan yang dilaporkan di daerah Kuching dalam tempoh 14 hari lalu adalah 53 kes,” kata JPBN Sarawak dalam satu kenyataan.

Sementara itu, sebanyak 4 daerah di Sarawak telah diletakkan di bawah status kuning berikutan terdapat kes jangkitan tempatan baharu yang dikesan dalam tempoh yang sama.

Antara daerah yang terbabit ialah Samarahan, Serian, Bau, dan Lundu. 35 daerah lain di Sarawak masih berstatus Hijau.

Pada masa yang sama, JPBN Sarawak turut menegaskan had operasi perniagaan dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam melibatkan Zon 1 iaitu Kuching, Samarahn dan Serian. Had operasi ini akan berkuatkuasa selama 2 minggu mulai 1 Ogos.

Hari ini, Sarawak telah mencatatkan 25 kes positif COVID-19 dengan melibatkan 4 kes import dan 21 kes penularan tempatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply