Home Semasa Polis berjaya tumpaskan sindiket edar arak seludup

Polis berjaya tumpaskan sindiket edar arak seludup

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran arak seludup di Simpang Tiga, Jalan Sri Tanjung Kampung Batu 5 Muar, Johor, pada Khamis (23 Julai 2020).

Komander Briged Tengah PGA Cheras, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata tangkapan dan rampasan pada jam 10.30 malam itu telah dibuat sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras dibantu oleh Cawangan Risik Batalion 6 PGA Muar.

“Dalam serbuan keatas 2 buah kenderaan iaitu lori 12 tan dan kereta, seramai 2 lelaki tempatan berusia 35 serta 40 tahun berjaya ditahan,

“Menerusi serbuan itu juga, telah berjaya merampas 1,980 kotak bir yang mana setiap kotak mengandungi 24 tin bir 500 milimiter,

“Jumlah keseluruhan rampasan arak sebanyak 47,520 tin bir melibatkan 23,760 liter bir 16 peratus volume alcohol,” katanya dalam kenyataan semalam.

Turut dirampas sebuah lori jenis Nissan UD 12 tan dan kereta jenis Wira Aeroback serta wang tunai bernilai RM900.

“Jumlah nilai rampasan keseluruhan termasuk arak ialah sebanyak RM612,692,

“Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan sebuah sindiket pengedaran arak tanpa cukai di sekitar daerah Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru,

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply