if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan PATI Rohingya: 2 tekong ditahan cuba sogok pihak berkuasa sebanyak RM25,000

PATI Rohingya: 2 tekong ditahan cuba sogok pihak berkuasa sebanyak RM25,000

by Nurulhuda

LANGKAWI, 23 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 2 tekong darat yang dipercayai dalang dalam menguruskan kemasukan 269 orang pendatang asing tanpa izin (PAT) etnik Rohingya pada 8 Jun lepas.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, kejayaan tangkapan tersebut adalah hasil dari risikan dan pemantauan antara APMM dan agensi keselamatan lain dalam usaha mengesan dua suspek utama yang dipercayai masih bergiat aktif menguruskan kemasukan PATI ke Langkawi.

“APMM Kedah dan Perlis baru-baru ini telah mengkoordinasikan operasi khas bersepadu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Langkawi, Jabatan Imigresen Negeri Kedah dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk membanteras sindiket penyeludupan PATI warga Myanmar,

“Tangkapan pertama dibuat pada 21 Julai 2020 jam lebih kurang 3.00 pagi ke atas dua lelaki warga Myanmar disyaki etnik Rohingya berusia 29 dan 35 tahun,

“Beliau yang memegang kad UNCHR cuba memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa APMM dengan nilai RM 25,000 bagi memberi laluan untuk kemasukan migran melalui jalan laut, di sebuah restoran di kawasan Padang Matsirat, Langkawi,

“Tangkapan kedua dibuat pada jam lebih kurang 4.00 pagi hari yang sama ke atas 34 orang warga asing yang terdiri daripada warga Thailand dan Myanmar menerusi serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Kuala Teriang disyaki dijadikan tempat transit bagi migran tersebut,” katanya.

Zawawi berkata kedua-dua suspek utama itu akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Sementara 34 lagi warga asing yang ditahan akan disiasat mengikut Akta (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan Akta Imigresen 1959/63,

Beliau menegaskan, APMM bersama-sama agensi penguatkuasa yang lain menerusi National Task Force (NTF) akan terus giat bekerjasama di dalam melaksanakan operasi bersepadu bagi memburu saki-baki anggota sindiket yang dipercayai bersekongkol dengan tekong laut untuk menyeludup PATI ke negara ini,

“Tidak kira dari kalangan warga asing, pemegang kad UNCHR dan juga rakyat tempatan yang dipercayai mengaut keuntungan ribuan ringgit melalui penyeludupan PATI ke negara ini serta eksploitasi penyeludupan manusia bagi tujuan tenaga kerja warga asing secara haram,” jelasnya lagi. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply