Home Semasa Lucutkan warganegara individu conteng mural Agong dan tokoh negara – Abdul Rani Kulup

Lucutkan warganegara individu conteng mural Agong dan tokoh negara – Abdul Rani Kulup

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulop Abdullah mahu suspek yang menconteng mural gambar Yang di-Pertuan Agong dan tokoh barisan hadapan di Seksyen U12, Shah Alam dilucutkan warganegara dan hukuman yang berat.

“Jika disabitkan kesalahan pelaku tersebut perlu dipecat kewarganegaraan mereka dan hukuman yang sangat berat seperti penjara 50 tahun dan sebatan serta denda RM1 juta perlu dikenakan,

“Hukuman yang dicadangkan ini untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada lain-lain individu yang hendak membuat perkara jenayah seperti ini selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap suspek yang menconteng mural di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Selain itu, Abdul Rani juga menggesa Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara ini ke akar umbi.

“Tangkap individu yang kurang ajar dan biadap terhadap pemimpin negara, perkara ini juga boleh mendatangkan hasutan serta kemarahan seluruh rakyat selagi tidak ditangkap pelaku itu,

“Selagi tidak tangkap pelaku yang tidak bertanggungjawab ini akan membuat onar dalam negara, ia perlu ditangkap dan diambil tindakan yang berat,” katanya.

Abdul Rani telah membuat laporan polis mewakili gabungan NGO seperti Pertubuhan Majlis Permuafakatan Ayahanda Malaysia (PERMAS), Kipidap, Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis), Amanah Rahsia Cekal (ARC), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (GEGAS), Kebajikan Warisan Taqwa dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).

Mural berkenaan memaparkan lukisan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah serta lain-lain pemimpin negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply